Wang atau harta
tidak patuh syariah ditakrifkan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi
melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan,
hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba,
perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti
tidak patuh syariah dan seumpamanya.
PENGGUNAAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH
Melalui
keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal
Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:
“Setelah
meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang
tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan,
rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk
manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui
kaedah-kaedah berikut:
Diserahkan
kepada Baitulmal untuk maslahah- maslahah umum umat Islam seperti membiayai
pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
Diserahkan
kepada golongan fakir miskin; atau
Jika harta
tersebut merupakan harta rompakan, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut
perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal
dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan
kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris
pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.
SERAHAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH KEPADA MAIWP
MAIWP melalui
Bahagian Baitulmal menerima wang tidak patuh syariah yang ingin diserahkan oleh
orang Islam untuk disalurkan bagi kegunaan seperti yang digariskan oleh hukum.
Orang awam yang
ingin menyerahkan wang/harta tidak patuh syariah boleh hadir ke Baitulmal MAIWP
untuk urusan selanjutnya di mana resit terimaan akan dikeluarkan oleh MAIWP.
Sebarang
pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi kami melalui email atau datang terus ke
pejabat Baitulmal.
BAITULMAL@MAIWP.GOV.MY
Bahagian
Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bangunan
Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2 50676 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03-
2617 5222 No. Faks : 03- 2617 5252

Tiada ulasan:
Catat Ulasan