Bagaimana
untuk membuka akaun pelaburan unit amanah?
Seseorang pelabur boleh
membuka akaun pelaburan unit amanah dengan membuat pelaburan minima RM1000.
Untuk pelaburan tambahan jumlah minima ialah RM100. Hubungi Perunding Unit
Amanah kami untuk membantu anda.
Bolehkah
dilakukan pengeluaran?
Pelabur boleh mengeluarkan
pelaburan mereka pada bila-bila masa samada keseluruhan atau sebahagian dengan
mengisi borang jualan balik (repurchase) yang boleh diperolehi di semua
cawangan syarikat unit amanah yang disertai. Hasil jualan balik ini akan
dikreditkan ke akaun terus ke akaun pelabur dalam 10 hari bekerja (biasanya lebih
cepat).
Berapa
kadar pulangan pelaburan unit amanah?
Kadar pulangan pelaburan
unit amanah adalah tidak tetap bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran
saham di mana dana berkenaan dilaburkan. Secara umumnya pelabur unit amanah
berpotensi memperolehi pulangan di antara 12%- 15% setahun daripada amaun
pelaburan.
Apa
hukumnya melabur dalam unit amanah tidak patuh shariah?
Hukumnya adalah haram
berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan hadis.
Berapakah
servis caj yang dikenakan oleh syarikat unit amanah?
Servis caj sebanyak 5.5%
bagi pelaburan tunai dikenakan setiap kali pelabur membuat pelaburan (membeli
unit-unit), kebiasaanya caj yang lebih rendah dikenakan bagi pembelian
unit-unit dalam tempoh promosi bagi sesuatu dana yang baru dilancarkan,
kebiasaannya 5%. Bagi pelaburan melalui pengeluaran KWSP (EPF) caj yang
dikenakan adalah lebih rendah iaitu sebanyak 3%. Tiada sebarang caj dikenakan
semasa pelabur menjual semula unit-unit pelaburan.
Bolehkah
pelaburan melalui KWSP dikeluarkan untuk kegunaan peribadi?
Pelabur boleh menebus semula
samada keseluruhan atau sebahagian daripada pelaburan unit amanah yang dibuat
melalui pengeluaran KWSP tetapi hasil jualan semula ini akan dikreditkan terus
ke akaun 1 KWSP pelabur. Dengan kata lain, sebelum mencapai usia 55 tahun,
hasil jualan semula pelaburan melalui KWSP tidak boleh dikeluarkan untuk
kegunaan peribadi pelabur.
Apakah
dimaksudkan dengan “Pemurataan Nilai Ringgit”?
Prinsip “Pemurataan Nilai
Ringgit” ialah satu keadah pelaburan di mana pelabur melabur dengan satu amaun
yang tetap secara berjadual dalam satu tempoh yang panjang ( 1 tahun ke atas).
Melalui kaedah ini pelabur akan mendapat jumlah unit yang kurang ketika harga
tinggi dan lebih banyak unit ketika pembelian/pelaburan dibuat pada harga
rendah. Di akhir tempoh berkenaan, pelabur akan mendapat purata kos yang lebih
rendah bagi unit-unit yang dipegang berbanding harga purata unit-unit bagi
tempoh berkenaan.
Apakah
dimaksudkan dengan “faedah terkompaun”?
Faedah Terkompaun
(Compounding Interest) adalah satu kaedah pelaburan di mana segala keuntungan
dan dividen pelaburan sesuatu dana dari tahun kewangan sebelumnya dilaburkan
semula secara automatik dalam tahun kewangan berikutnya. Faedah Terkompaun
mempercepatkan objektif sesuatu pelaburan dicapai.
Berapa
lama perlu melabur?
Unit Amanah adalah satu
bentuk pelaburan yang reka khusus bagi membolehkan pelabur mencapai objektif
pertumbuhan jangka panjang (10 tahun ke atas) atau sekurang-kurangnya jangka
sederhana (3-5 tahun). Oleh itu pelabur disyorkan untuk melabur dalam
jangkamasa minima sekurang-kurangnya 3-5 tahun. Jangkamasa sebenar bergantung
kepada objektif pelaburan, kadar pulangan dan cara sesuatu pelaburan itu
dilakukan.
Bagaimana
menetapkan objektif pelaburan?
Penetapan objektif pelaburan
perlu mengambilkira berapa amaun nilai pelaburan yang disasarkan, jangkamasa
dan kadar pulangan sesuatu pelaburan
Apa
perlu dilakukan ketika “market down”?
Ketika menghadapi trend
“market down” pelabur perlu tenang dan tidak sekali-kali mengambil keputusan
yang terburu-buru. Trend turun naik adalah sesuatu yang normal dalam pasaran
saham. Oleh itu dalam keadaan “market down” pelabur perlu tetap fokus kepada
objektif pelaburan jangka panjang atau jangka sederhana. Inilah masa terbaik
untuk pelabur membuat pelaburan tambahan kerana akan mendapat jumlah unit yang
lebih banyak pada harga rendah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan