Lepasan pengajian tinggi paling banyak menganggur di negara ini
berbanding pihak yang hanya mendapat pendidikan menengah dan rendah.
Malah, berbanding dengan kumpulan tiada pendidikan rasmi pun,
graduan universiti masih ketinggalan daripada aspek pekerjaan.
Menurut statistik pada separuh tahun pertama 2015, sebanyak 3.8
peratus graduan menganggur di negara itu.
Statistik untuk 2015 juga menunjukkan golongan tiada pendidikan
rasmi mewakili 2 peratus daripada kadar pengangguran keseluruhan, pendidikan
rendah 1.2 peratus dan pendidikan menengah sebanyak 3.3 peratus.
Berbanding 2014, kadar pengangguran bagi golongan berpendidikan
menengah dan tinggi naik 0.2 peratus. Manakala kadar bagi golongan
berpendidikan rendah kekal.
Bagaimanapun kadar pengangguran bagi golongan tiada
berpendidikan rasmi menurut 0.9 peratus.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Wahid Omar dalam jawapan bertulis di parlimen hari ini, yang
menjawab soalan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam).
Sementara itu, daripada aspek kaum, masyarakat India mencacatkan
kadar pengangguran tertinggi bagi separuh tahun pertama 2015, dengan kadar 4.5
peratus.
Ini diikuti etnik lain-lain (3.7 peratus), bumiputera (3.5
peratus) dan seterusnya Cina (2.5 peratus).
Berdasarkan kawasan pula, Wilayah Persekutuan Labuan mencacatkan
kadar pengangguran tertinggi 5.5 peratus, diikuti Terengganu (4.6 peratus) dan
Sabah (4.5 peratus).
Kadar pengangguran terendah pula dicatatkan di Putrajaya dan
Melaka dengan 1 peratus, diikuti Selangor (2.4 peratus), Kedah (2.5 peratus)
dan Pahang (2.7 peratus).


Tiada ulasan:
Catat Ulasan