APA
ITU UNIT AMANAH/UNIT TRUST?
Dalam
bahasa Malaysia ianya dipanggil "amanah saham" tetapi lebih popular
dengan gelaran "unit amanah" pada masa kini. Dalam bahasa Inggeris
pula dipanggil "unit trust" ataupun "mutual fund" untuk
sesetengah negara. Tapi di Malaysia lebih dikenali sebagai unit trust lah.
Okeylah, seterusnya kepada definisi pula.
Dari
segi definisi menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih
dikenali sebagai Federation of Malaysian Unit Trust Managers (FMUTM): Skim unit
amanah atau UTS(Unit Trust Scheme) merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif
yang membolehkan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama supaya
mengumpulkan wang mereka dan kemudian wang tersebut dilaburkan ke dalam
portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
Dalam
bahasa mudahnya, pelabur akan laburkan wang mereka di bawah dana yang dipilih
oleh mereka sendiri untuk tujuan yang sama iaitu untuk mendapatkan hasil
pulangan daripada wang yang mereka laburkan itu. Wang yang mereka laburkan di
dalam dana-dana terpilih itu pula akan diuruskan oleh orang-orang yang mahir
dalam bidang pelaburan di bawah kelolaan Syarikat Pengurusan Unit Amanah atau
dikenali dengan Unit Trust Management Company (UTMC).
KENAPA
UNIT AMANAH DIKATAKAN PELABURAN SECARA KOLEKTIF?
"Skim
pelaburan kolektif" adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai jenis
peluang pelaburan terkumpul yang tersedia untuk pelabur. Dalam skim pelaburan
kolektif, sebilangan pelabur menyerahkan simpanan mereka kepada pengurus tabung
profesional yang mengurus tabung kutipan untuk menghasilkan pulangan yang dapat
dikongsi bersama oleh pelabur tersebut. Skim Unit Amanah (SUA) adalah satu
jenis skim pelaburan kolektif.
Kalau
masih tak faham, saya guna bahasa kasar sahaja. Secara mudahnya, kita
ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu
syarikat pengurusan dana yang dipanggil UTMC (rujuk atas untuk istilah penuh).
UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan
seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang
tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini
mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC)
dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa
pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi
menjaga kepentingan pelabur-pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah
(Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Jadi jangan
risau ke mana wang kita tu "berjalan". Dijamin selamat.
Dalam
skim unit trust, pelabur-pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara direct
dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan
pelabur-pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur-pelabur
bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya
merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut
perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat
pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah
pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan